ads

Monday 13 June 2011

Puisi Kehidupan

The moment you are in  TENSION
You will lose your  ATTENTION
Then you are in total  CONFUSION
And you will feel  IRRITATION
This may spoil your personal  RELATION
Ultimately, you won't get  CO-OPERATION

And get things into  COMPLICATION
Then you will fail to take your health PRECAUTION

And you have to take  MEDICATION
Why not try understanding the SITUATION
And try to think about  SOLUTION
 Many problems are solved in  DISCUSSION 
Which will work out better in your  PROFESSION
Dont think this is just a   SUGGESTION
It is also a  PREVENTION
 
If you understand my  INTENTION
You will never come again into  TENSION !!!!!!!!!!

Saturday 23 April 2011

Prosedur Apabila Berlaku Kemalangan

1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?

Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.

gambar hiasan

2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?

Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.

4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.

5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?

Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya

6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?

Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan.

7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?

Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

Sumber : Polis Diraja Malaysia @ I-share

Thursday 21 April 2011

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
atikel - http://iluvislam.com/

Wednesday 20 April 2011

Putus Kawan

Sungguh kecewa apabila orang yg anda berkawan dan menganggapnya kawan memutuskan persahabatan anda begitu sahaja. Berikut merupakan alasan-alasan kukuh untuk putus kawan (kononnya la);

1. Putus kawan sebab ada awek. Dalam kes ni, selama bertahun-tahun sebelum dia ada awek, bukan main lagi lepak-lepak dengan kita, sampai nak makan pun suruh satu geng teman. Bila dah ada awek je, terus tak ingat membe, konon nak jaga hati awek. Please ok, nonsense. Macam la kita nak mengorat dia kan. Kalau la ko break up dengan awek kau, siapa yg kau cari? Kawan juga kan!

2. Putus kawan sebab dah bertunang. Perkara ni normal. Perlu menjaga hati tunang masing-masing. Aku faham. Tapi realistik la, jgn sampai kat Friendster and Facebook pun nak delete kita. Hairan juga aku. Macam alien pulak rasa. Btw, to all jejaka-jejaka out there, kalau kawan perempuan anda bertunang, jangan ganggu and ngorat dia ok. Cukup la setakat kawan biasa-biasa aje. Nak lepak sekali pun tunang dia join sekali, baru orang tak fitnah bukan-bukan.

3. Putus kawan sebab kahwin. Benda ni normal, especially to wanita la. Sebab lepas kahwin dah ada suami kena jaga sampai tak sempat nak bersosial. Ngeh3. Kalau member-member kamceng sgt2 lps kahwin tak contact langsung, normal la tu ok. Tapi jangan sombong la, ingat tu. Sms la jarang2 sekali. Bila jumpa balik, sila cakap macam member kamceng seperti biasa. Nanti orang cakap lepas kahwin ko lagi teruk hahaha.

4. Putus kawan sebab break-up. Hehehehe. This one is common. Tapi as you grow up, please kawan balik la dengan all you ex-bf/ex-gf. Tiada maknanya nak berdendam or gaduh2. Sudah tiada jodoh kan. Sebenarnya kalau anda bergaduh & still tak nak berkawan dengan your ex, itu melambangkan anda belum matang. So, sila matang seiring dengan usia ye.

5. Putus kawan sebab bergaduh besar pada masa silam. Yang ini banyak kita dengar. Tapi, sebagai manusia, sampai ke suatu ketika, automatically terasa tau untuk maafkan orang tu, dan berkawan balik dengan orang yg buat salah kat kita tu, walaupun kesalahannya amatlah besar sebesarnye.Ye la kan, takkan sampai tua nak bermasam muka. Just forgive and forget ok.

Apapun yg berlaku ke atas anda sehingga anda putus kawan atau kehilangan kawan, anda buat2 tak tahu je. Haha. Teruskan kehidupan kerana banyak lagi kawan2 kita yg awesome yg masih bersama kita. Sesungguhnya memutuskan ukhuwah itu amatlah tidak digalakkan. Remember, forgive them, and forget their mistakes. Dan peringatan terakhir saya, pesanan keramat daripada org dulu2, "Kalau kita nak orang sayangkan kita, kita mestilah sayangkan semua orang dan benda dalam dunia ni". Hehehehe. Dan biarlah persahabatan kita kerana Allah, kerana itulah persahabatan yang sebenar2 persahabatan.

Saturday 9 April 2011

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu  Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat,

maka Allah SWT berfirman yang  bermaksud.   "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanyaMuhammad.' 

 Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKudan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu  mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

 Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

 Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail asdengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:  

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya?

" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.  

"Wahai Jibrail, kalau kamudapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

" Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran..   
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S..W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

                                                                       *****

note : Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Hukum Menampar Muka

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )
" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Wednesday 6 April 2011

murah...

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15,000

"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.

"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.hehehe









*credit to Shahmil89....

Sunday 3 April 2011

pedoman hidup

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Saturday 2 April 2011

Kita semua bersaudara....

Seorang wartawan yg membuat liputan di negara yg berperang melihat seorang kanak2 lelaki ditembak oleh seorang tentera berani mati. Membuang notebooks dan pen dengan segera dia berlari kearah lelaki yg memapah dan memegang kanak2 tadi. Lelaki itu berkata kepada wartawan tersebut “Cepat, cepat, kita bawa dia ke hospital. Anakku ini masih bernafas”
Dalam perjalanan, lelaki tadi tetap mengatakan “Anakku ini masih panas, masih ada harapan dia diselamatkan. Harapnya kita sempat sampai”
Sampai di hospital, kanak2 tadi tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia. Lelaki tadi pun tertunduk sedih dan berkata “Bagaimanalah ingin saya khabarkan berita ini kepada ayah kanak2 tadi”
Wartawan tadi terkejut lalu bertanya “Bukankah kanak2 tadi anak awak? Awak berkata begitu setiap kali tadi?”
Lelaki itu berkata “Tidak, dia bukan anak saya tapi sebenarnya bukankah mereka semua ini anak2 kita?”
Wartawan tadi tersentak dan tersedar….memang betul fikirnya, kita semua bersaudara dan saling berkait. Maka, setiap anak2 yg ada dihadapan kita adalah anak2 kita, yg patut kita beri makan, beri pakai, beri perlindungan dan beri kasih sayang. 

Friday 1 April 2011

semangat yg hilang


Biarkanlah setiap apa yang orang lain fikir tentang anda walaupun baik ataupun
jahat..Biarkanlah seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..Andainya,
jika seseorang yang terlalu dengki dengan kejayaan dari anda, biarkan sahaja..
Suatu hari nanti, mereka pasti jemu jua dan terus meniru kejayaan yang
anda kecapi. Kata orang seperti, cemburu tetapi cemburu yang sihat. Maka itu,
tenagkanlah diri anda, lapangkanlah hati anda. Apa yang anda tahu dalam hidup 
ini adalah semuanya adalah drama semata-mata dan ianya menguji sejauh mana 
keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi roda hidup ini. =)

Pemarah dan Bersabar

Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, kerana dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahawa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, kerana kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.
~ Mario Teguh ~

Thursday 31 March 2011

Belajar Mencintai Seseorang

Belajar Mencintai Seseorang Yg Tdk Sempurna Dgn Cara Yg Sempurna.

Belajar Mencintai Seseorang Yg Tidak Sempurna Dgn Cara Yg Sempurna Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan. Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan tetapi itu kesempatan. Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan . Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan. Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan . Bahkan ketika kita menyadari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan. Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan. Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu kutipan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil" Pasangan jiwa bisa benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu. Tetapi tetap berpulang padamu Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak.Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah pilihan yang harus kita lakukan. Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi) “Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)

Wednesday 30 March 2011

Ne Yo (One In A Million)

Entry kali ni aku akan tunaikan perminataan Cik Sundae Cokelat aka Ami utk upload video lagu ni. Dye kate lagu ni best.So, aku pon upload la utk xnk hampakan permintaan dye.hahaha....XD

Tarian poco-poco HARAM!!!

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengeluarkan fatwa bahawa tarian poco-poco yang popular di Malaysia adalah haram. Menurut kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tarian tersebut diharamkan kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu kristian dan pemujaan roh.


                                         *step tarian poco-poco yg mempunyai unsur agama lain

Haram tetap HARAM!!!!

Saturday 26 March 2011

Goal keeper paling poyos!!!


p/s :baru dpt save bola dh belagak...last2 diri sendiri yg malu bola masuk gawang gol...huahahha...

Kekayaan Sultan Brunei

Video ni membuktikan bahawa Sultan Brunei amat meminati pelbagai koleksi kenderaan mewah dan sport..

Mari belajar loghat Perak

Disini sy coretkan antara perkataan yang digunakan dalam dialek Perak..

·         Ayan  (mangkok/piinggan) - juga sejenis mangkuk / pinggan yg diperbuat dari aluminium
·         Ayor nyenak - air sungai / air laut yang sedang pasang naik atau melimpah, atau air banjir  yang sedang naik
·         Baju pelasah - baju yang di pakai hari hari
·         Bebelah belih - berbelah bagi
·         Bedeah - tipu
·         Begik - bodoh teramat
·         Begedup - (rumah yg) tertutup tingkapnya
·         Begedudup - bunyi yang mengerutup
·         Begelemak - tidur/ baring/ duduk bergelimpangan
·         Beghegek - dirujuk kepada seseorang yang pandai berhias diri
·         Beghocat - ikan haruan
·         Beghipa - kongsi kongsi
·         Begonjen - berkelahi
·         Begumpe / begumpa - bergomoi / bermain atau bergaduh sambil berpeluk pelukan &  berguling guling
·         Bejeghait - melekat lekat & melekit lekit
·         Bekeghopah - pokai
·         Bekemin - cantik teratur/rapi
·         Bekembut - asap yang berkepul kepul keluar
·         Belemuih - kotor/comot
·         Beler - baiki
·         Belotoh - bermain yang terlalu aktif atau beria ria (bagi kanak kanak)
·         Bengkang (kuih) - kuih bingka
·         Bengken - garang
·         Benyor - 'out of shape' (cth: bntuk bdn yg tk cantik lepas bersalin)
·         Berbelak belak - permukaan yang bertompok tompok dengan warna hitam atau kelabu
·         Berjujuih jujuih - berduyun duyun
·         Beselepat - kotor yang lekat atau kotor yang menyaluti
·         Besit - dirotan / pukul dgn melibas, biasanya si pemukul menggunakan rotan, kayu, tali  pinggang utk membesit
·         Betuin tuin - ternanti nanti / tertangguh tangguh
·         Betolo tolo - masing masing menolak & tidak mau ambil tanggung jawab
·         Betonin - teliti
·         Biot - degil
·         Bolen - bogel
·         Bundut - bungkusan kain / barang barang yang dibungkus dalam kain
·         Cachor - terganggu bacaan / tumpuan akibat di ganggu / tersilap
·         Cakcibor - pepatung (dragonfly)
·         Cakup - (makanan) yg dicubit sedikit
·         Ceghoyer - cari
·         Cekodok - kuih cucur (pisang/tepung)
·         Cekuh - pegang / usik
·         Celuih - lolos
·         Celum celam - tak tentu hala susunan
·         Cemuih - bosan/runsing
·         Cencering - demam tak demam (tak sihat)
·         Cendawan sishor (si-shor) - cendawan sisir yg banyak dijumpai di batang batang kayu mati  terutama batang getah
·        Chodek - Cerdik/Pandai
·        Cupuih - hampir luput/habis/sedikit
·         Daba - purse
·         Dangor - pondok
·         Dedor - tak sedap badan macam nak demam
·         Deghah (degheh) - cepat
·         Egek - cantik/kemas/rapi
·         Eghap - iras iras / mirip
·         Galak - kerap
·         Gayong - baldi kecil/cebok/kole [ utk kaut air]
·         Gebor - selimut
·         Genyi - geli pada benda2 yg kotor
·         Genyu - mengherotkan mulut (aksi ini biasanya dilakukan bagi tujuan mengejet atau perlu)
·         Getak - gugur/ cicir
·         Getik - menyampah
·         Ghalit - asyik
·         Ghanggah - ambil/ kait/ bolot
·         Ghawer - kutip/ sapu
·         Ghigap - cekap buat kerja
·         Ghenyeh - leceh / remeh
·         Gheti - erti / makna
·         Gheti - tahu
·         Ghetu - hari itu
·         Geghotak - jambatan/titi
·         Geghotok - dikibas2 & diketuk2
·         Ghabuih - ragut / bolot
·         Gheger (ghe ger) – harga
·         Geghomo – cakar
·         Gheber - mengada ngada
·         Ghemerniyer - buah asam kundang
·         Ghencah - kerja yang rumit/ kerja remeh yang perlukan penelitian
·         Ghenkut - tempang
·         Ghenik - kecil (untuk objek)
·         Gheti - tahu
·         Ghuih - nakal, buas
·         Ghodok - tikam
·         Ghonjang (ghon - jang) - jolok
·         Ghungut ghangat - merungut
·         Grumet - pengasah pensel
·         Gobok - almari lauk
·         Godek - usik / baiki / buat sesuati pada sesuatu
·         Goih ginaghi - ketika di masa ini / sekarang / waktu ni
·         Gonjak - usik, sindir, gosip
·         Gonjok - ejek
·         Hakap - tamak
·         Hangat pingat - suhu badan yg tak selesa akibat cuaca yg panas.
·         Hangat pijor - suasana suhu sekitar yg panas
·         Hantap - berat [ bagi baby/budak]
·         Hincit - berambus
·         Hogon hagan - rupa yang sangat serabut / serabai
·         Hongkor hangkor - cincai/tak teliti/tak kemas
·         Ingo - bising/riuh/ kecoh
·         Ingker - terlalu suka
·         Jahama - muqaddam
·         Jebik - muka yang masam / muram / sedih
·         Jeghober - terkam / menonong nonong/ serbu
·        Jelabak - merujuk kepada sesuatu yang koyak atau tembuk atau berlubang akibat telah terlalu usang. 
      Biasanya jelabak dirujuk kepada kain yang koyak atau lantai papan   yang dah pecah atau  berlubang   akibat reput.
·         Jelebor - mulut yg celupar
·         Jelobo - boros
·         Jelui - tanggal / lucut
·         Juah - manja
·         Jobin - capang cth ayat: mat mmpunyai sepasang telinga jobing
·         Joghen - gatal / miang (biasanya dirujuk pada kaum wanita)
·         Jogher - pelik / lain dari yang lain / tak padan
·         Jughuih - tarik, sentap
·         Kacak - pijak (jgn keliru dgn handsome)
·         Kadap - mara ke depan
·         Kaleh - alih/ ubah/ tukar
·         Kateh / katah - ke atas
·         Kayor - pergi toilet
·         Kebam - kulum / hisap
·         Kebek / keghobek - belek, perhati
·         Kebuang – keguguran
·         Kijak - pijak
·         Kebuntat - perut yg dah terlalu kenyang
·         Kecepang kecepih – pokai
·         Keghah bedengkum - terlalu keras / keras macam batu
·         Keghah jegang - a.k.a. begengkum
·         Keghomot - kedut (hanya digunakan utk baju, kain, cadar, kertas & seumpamanya)
·         Keghopah - dikibas kibas
·         Keghopin - darah pada kesan luka yang baru kering
·         Kemomoh - tiga suku
·         Kendian - kemudian / nanti nanti je
·         Keniri - (ke-ni-ghi) - sendiri / diri sendiri (cara sopan membahasakan diri sendiri)
·         Kerup - alamat (address)
·         Koghak - sepahkan
·         Kokak - gigit
·         Kelin - bahagian di sepanjang kain yang dijahit setelah dilipat kecil
·         Kopam - hitam
·         Kumbeh / Kumbah - balik
·         Labang - pekak
·         Labun - cakap/borak/kelentong
·         Lagut - asyik
·         Laih ( la ih ) - kesihatan serta fizikal badan yang tak tidak sihat
·         Langsuyor - langsuir (hantu)
·         Leghah (legheh) - cepat
·         Leghui - terlerai
·         Lekluk - elok2
·         Lenjun - basah kuyup
·         Lenyak - melanyak
·         Lenyor - lembik yang lunyai
·         Lepior - leper
·         Lepok - dibubuh / dibiar / dibuang / diletak merata rata
·         Lesak - tidur yang tak tetap kedudukan
·         Latam - lanyak
·         Letior - leter
·         Libang libu - tak senang duduk akibat rasa badan yang tak selesa, suasana panas atau akibat    perasaan yang tak tenteram
·         Liun - lembut liat (macam dodol)
·         Lohot - hancur, jahanam, rosak
·        Lohlaih - slow dalam proses buat kerja atau bertangguh tangguh dalam menyiapkan kerja  yang sedang berjalan
·         Lutu - sekeh kepala
·         Maghu - akibat tak baik, musibah, hal2 yg tak elok
·         Masam Mencheghiin ( men cher ghiin) - terlalu masam
·         Masam Menjentun - terlalu masam
·         Menggeghesek (meng ge ghe sek) - keadaan (lantai) yg berpasir
·         Mengelewor - berjalan/tak dok rumah/merayap
·         Mengelotok - perut berbunyi2 akibat terlalu lapar
·         Mengeloyak - mengelupas (kulit)
·         Menggeghedok - bunyi yg terhasil dari hentaman 2 objek
·         Menggeghepak - bunyi yang terhasil dari hentaman dua objek
·         Mengor - busuk yang teramat (pengor)
·         Meghebah - buang air besar
·         Meghedat - jadi teruk/sakit
·         Megheben - tak terurus, terlalu teruk, terbiar
·         Meghenin - Kembung / (kulit) tegang
·         Mengelebeh - melendut kebawah / kendur kebawah
·         Mengempor - (jalan) mengengkang
·         Melahu - duduk tanpa buat apa apa kerja yg berfaedah
·         Menahaner - merempat / hidup yang dah tak tentu arah / tak keruan
·         Menghenyam ( me ghe nyam) - gatal/gedik/miang (sifat manusia)
·         Mengeghuit - bergerak / berjalan
·         Mengeledin - melentik - lentik
·         Mengelusa - rasa miang/gatal (kulit)
·         Menjeghekat - melekit lekit
·         Menjelejeh - meleleh leleh (air liur)
·         Menjijin - menitik2 (peluh)
·         Megholoh - tidur
·         Menyeghangkang - jatuh tergolek golek/ tersembam
·         Menyeluok - loya, nak muntah
·         Meredang - merapu/merepek
·         Mete - buat deek / buat tak tahu
·         Molong - bentuk objek bulat cembong
·         Mun - perkataan yang ditambah bagi menguatkan maksut ayat. boleh juga dimaksukan 'habis' (cth ayt: mun digigitnya telinga budak tu... )
·         Ngaji - belajar di sekolah
·         Ngayor - merayau
·         Neghajang Tikor - pengsan
·         Negun - diam tak bergerak / diam tak bercakap cakap
·         Ngeleten - terlalu suka / exited
·         Ngempor - letih sesangat
·         Nehen - buat deek
·         Nengut - buat jahat @ degil dlm diam
·         Ngege (nge-ge) - ketawa terbahak2
·         Ngek'ng-kap - (ngek - eng - kap) hidup segan mati tak mau
·         Ngecek - tipu
·         Ngeligih - terketar2
·         Ngelenyor - a.k.a meghenyam
·         Ngelejat - menggelupur akibat terlalu seronok atau sakit
·         Ngelekak - mengelupas
·         Ngeletek - juga bermaksud mengelupor (binatang)
·         Ngenden - bodek
·         Ngobak - menangis
·         Ngocoh - ganggu
·         Ngudik - benda yg kita nak / teringin tapi just boleh tengok je
·         Ngugu - makan / minum tak benti benti
·         Ngugun (ngu gun) - berkumpul / menyibuk
·         Ngutor - olah/ejas/explain
·         Nohen (nehen) – selamba
·          Nungap - tercungap2
·          Nuga - perut yg sebu/kembung angin
·          Nungkum - tunduk sambil menutup muka
·          Nyambe / nyamba - tumbuk sambal
·          Nyadin - buat tak paham/ buat deek / tak ambil peduli
·          Nyapor - letih sampai tersandar/terlentang kepenatan
·          Nyedan - duduk senang lenang ketika org lain sibuk buar kerja
·          Nyeghongin - senyum
·          Nyelonot - menyelusup
·          Nyongket - berjalan jalan/ bersiar siar/ merayap
·          Nyor - kelapa
·          Nyor kukor - kelapa parut
·          Nyulor - pergerakkan bayi (kedepan) sambil meniarap / menyusur
·          Pa apit - jerat tikus (jenis pengapit yg bingkas tu)
·          Panas gekge (gek-ge) - panas terik
·          Pandu - cuba
·          Panglin - ingat ingat lupa pada sesuatu lokasi yang nak di tuju
·          Pasyior - pasir
·          Pedor - rasa tawar campur kelat (biasa dirujuk pada buah spt limau tambun / limau bali)
·          Peghun - bakar sampah / bakar longgokan kayu
·          Peghosoh - paksa / desak
·          Pekap - lekat / tampal
·          Pekdah - faedah
·          Peghongap - makan dgn gelojoh / kasar (ngap... !)
·          Pengor - busuk yang teramat
·          Pengkor - kaki yg cacat/pendek sebelah
·          Pengo - busuk
·          Pepak - selerak
·          Pepak laghak - tunggang langgang
·          Pesenih - alat alat serta suis suis pada peralatan elektrik
·          Plangkong - belasah / pukul
·          Plupoh - belasah / pukul
·          Pongkor - tulang punggung
·          Runas (sebutan - ghu naih) - petik / dipatah
·          Sakniker - segala2nya
·          Samor - merah jambu (kaler pink)
·          Sanga - Tudung saji
·          Seghogoh - sergah
·          Sejuk bedi - terlampau sejuk (untuk suhu badan / suhu sekeliling/ suhu air)
·          Sia - mangkok yg diperbuat dari aluminium. biasanya 'mangkok tingkat'
·          Sidang - berhenti. (hujan dan sidang)
·          Seghin telinga - pulas telinga
·          Seghuwa (se-ghu-wa) - seluar dalam/seluar kecik
·          Siut - disambar api/ kerja membakar sesuatu (biasanya bakar sampah)
·          Selait - lampu suluh a.k.a. torchlight
·          Selimbor - selumbar
·         Selo belo - berkaitan perangai spt lasak tk tentu hala
·         Seligi - sekeh kepala
·         Selok - ngam2
·         Semba - pasir
·         Semedang - terlalu kerap / selalu sangat
·         Semeghokap - kerja / orang yang tak kemas, cincai, pengotor
·         Semoghokin - kerja / orang yang tak kemas, cincai, pengotor (sama erti dengan Semeghokap)
·         Senayan - Hari Isnin
·         Sepeghe - Frust nonggeng
·         Seperah - kain alas meja
·         Sempudah - hasil kerja yang kasar ataupun kisaran yang takcukup lumat / tak cukup hancur
·         Sluin - lipat ke atas ; pulas
·         Soh - tidur nyenyak / senyap sunyi
·         Sompek - sumbing, pecah sedikit dibahagian tepi
·         Sugun - wrestling rambut (utk pompuan yg tgh gaduh)
·         Suku - 25 sen
·         Tabuh – pukul
·         Taghah - bersihkan kawasan / potong / kikis
·         Tak koser - tak rajin/malas/tak mau
·         Tak jeghu - tak akan singgah / tak akan datang
·         Tak Mandang - tak ada
·         Tak Ngasi - perangai kurang ajar / hampeh / tak guna
·         Tak sebaloh - tak sebulu / tak ngam / takde chemistry
·         Tak Selia - kerja tak sungguh sungguh / cincai
·         Tak slia - tak ambil berat / tak kisah / pengotor
·         Tak Sior - tak mau/ tak nak
·         Tak Semiak - tak sihat badan
·         Tambun - timbus
·         Tawo lesyio /Tawohebiyo - tawar berkaitan makanan/minuman
·         Tebak – tarah
·         Tebedik-bedik - terkebil2
·         Tebeghancang - terburai (untuk bungkusan)
·         Tebeghojat - terlampau penat
·         Tebungkang - tidur terlentang & terkangkang
·         Tegeber - geber - mata yang terkebil kebil
·          Tegedang - terbuka/terbiar tanpa tutup
·          Tegetak - tercicir (a.k.a teghambor)
·          Teghambor - tercicir (barang)
·          Tejeghombab - tersunggur
·         Tejelepap - jatuh / jatuh teduduk
·          Tegaber-gaber - mati akal / rasa tak tentu hala / tak senang duduk
·          Tenang / nenang - tengok
·          Tengkighap - terbalik / telangkup (upside down)
·          Tesedik - terlintas di hati / difikiran
·           Tegedang - terbuka/terbiar tanpa tutup
·          Tegetak - tercicir (a.k.a teghambor)
·          Teghambor - tercicir (barang)
·          Tegheban - campak / buang / baling / humban
·          Tejeghombab – tersunggur
·          Tekholap - terseliuh
·          Telangah - terbiar tanpa ditutup
·          Telangkang - terbiar tanpa tutup
·          Tenggek - jerang/masak
·          Tobek - digigit/ dilubangkan/ dimakan sikit/ berlubang
·          Tepek - kuih lempeng
·          Tepleot (te ple ot) - terlipat / terseliuh / terbengkok / terkehel / terpatah (tapi tak putus)
·          Treban (sebutan - te ghe ban) - buang / campak
·          Tua Ngeghenta (nge ghen ta) - tua ganyut a.k.a. tua toben
·          Tuan tain - slow sangat nak start buat kerja
·          Tuang - ponteng
·           Wailun - pekak
·           5 duit = 5 sen