ads

Saturday, 23 April 2011

Prosedur Apabila Berlaku Kemalangan

1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?

Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.

gambar hiasan

2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?

Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.

4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.

5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?

Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya

6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?

Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan.

7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?

Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.

Sumber : Polis Diraja Malaysia @ I-share

Thursday, 21 April 2011

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
atikel - http://iluvislam.com/

Wednesday, 20 April 2011

Putus Kawan

Sungguh kecewa apabila orang yg anda berkawan dan menganggapnya kawan memutuskan persahabatan anda begitu sahaja. Berikut merupakan alasan-alasan kukuh untuk putus kawan (kononnya la);

1. Putus kawan sebab ada awek. Dalam kes ni, selama bertahun-tahun sebelum dia ada awek, bukan main lagi lepak-lepak dengan kita, sampai nak makan pun suruh satu geng teman. Bila dah ada awek je, terus tak ingat membe, konon nak jaga hati awek. Please ok, nonsense. Macam la kita nak mengorat dia kan. Kalau la ko break up dengan awek kau, siapa yg kau cari? Kawan juga kan!

2. Putus kawan sebab dah bertunang. Perkara ni normal. Perlu menjaga hati tunang masing-masing. Aku faham. Tapi realistik la, jgn sampai kat Friendster and Facebook pun nak delete kita. Hairan juga aku. Macam alien pulak rasa. Btw, to all jejaka-jejaka out there, kalau kawan perempuan anda bertunang, jangan ganggu and ngorat dia ok. Cukup la setakat kawan biasa-biasa aje. Nak lepak sekali pun tunang dia join sekali, baru orang tak fitnah bukan-bukan.

3. Putus kawan sebab kahwin. Benda ni normal, especially to wanita la. Sebab lepas kahwin dah ada suami kena jaga sampai tak sempat nak bersosial. Ngeh3. Kalau member-member kamceng sgt2 lps kahwin tak contact langsung, normal la tu ok. Tapi jangan sombong la, ingat tu. Sms la jarang2 sekali. Bila jumpa balik, sila cakap macam member kamceng seperti biasa. Nanti orang cakap lepas kahwin ko lagi teruk hahaha.

4. Putus kawan sebab break-up. Hehehehe. This one is common. Tapi as you grow up, please kawan balik la dengan all you ex-bf/ex-gf. Tiada maknanya nak berdendam or gaduh2. Sudah tiada jodoh kan. Sebenarnya kalau anda bergaduh & still tak nak berkawan dengan your ex, itu melambangkan anda belum matang. So, sila matang seiring dengan usia ye.

5. Putus kawan sebab bergaduh besar pada masa silam. Yang ini banyak kita dengar. Tapi, sebagai manusia, sampai ke suatu ketika, automatically terasa tau untuk maafkan orang tu, dan berkawan balik dengan orang yg buat salah kat kita tu, walaupun kesalahannya amatlah besar sebesarnye.Ye la kan, takkan sampai tua nak bermasam muka. Just forgive and forget ok.

Apapun yg berlaku ke atas anda sehingga anda putus kawan atau kehilangan kawan, anda buat2 tak tahu je. Haha. Teruskan kehidupan kerana banyak lagi kawan2 kita yg awesome yg masih bersama kita. Sesungguhnya memutuskan ukhuwah itu amatlah tidak digalakkan. Remember, forgive them, and forget their mistakes. Dan peringatan terakhir saya, pesanan keramat daripada org dulu2, "Kalau kita nak orang sayangkan kita, kita mestilah sayangkan semua orang dan benda dalam dunia ni". Hehehehe. Dan biarlah persahabatan kita kerana Allah, kerana itulah persahabatan yang sebenar2 persahabatan.

Saturday, 9 April 2011

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu  Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat,

maka Allah SWT berfirman yang  bermaksud.   "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanyaMuhammad.' 

 Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKudan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu  mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

 Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

 Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail asdengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:  

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya?

" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.  

"Wahai Jibrail, kalau kamudapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

" Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran..   
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S..W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

                                                                       *****

note : Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Hukum Menampar Muka

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )
" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Wednesday, 6 April 2011

murah...

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15,000

"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.

"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul

Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.

Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.

"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.

Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.hehehe









*credit to Shahmil89....

Sunday, 3 April 2011

pedoman hidup

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Saturday, 2 April 2011

Kita semua bersaudara....

Seorang wartawan yg membuat liputan di negara yg berperang melihat seorang kanak2 lelaki ditembak oleh seorang tentera berani mati. Membuang notebooks dan pen dengan segera dia berlari kearah lelaki yg memapah dan memegang kanak2 tadi. Lelaki itu berkata kepada wartawan tersebut “Cepat, cepat, kita bawa dia ke hospital. Anakku ini masih bernafas”
Dalam perjalanan, lelaki tadi tetap mengatakan “Anakku ini masih panas, masih ada harapan dia diselamatkan. Harapnya kita sempat sampai”
Sampai di hospital, kanak2 tadi tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia. Lelaki tadi pun tertunduk sedih dan berkata “Bagaimanalah ingin saya khabarkan berita ini kepada ayah kanak2 tadi”
Wartawan tadi terkejut lalu bertanya “Bukankah kanak2 tadi anak awak? Awak berkata begitu setiap kali tadi?”
Lelaki itu berkata “Tidak, dia bukan anak saya tapi sebenarnya bukankah mereka semua ini anak2 kita?”
Wartawan tadi tersentak dan tersedar….memang betul fikirnya, kita semua bersaudara dan saling berkait. Maka, setiap anak2 yg ada dihadapan kita adalah anak2 kita, yg patut kita beri makan, beri pakai, beri perlindungan dan beri kasih sayang. 

Friday, 1 April 2011

semangat yg hilang


Biarkanlah setiap apa yang orang lain fikir tentang anda walaupun baik ataupun
jahat..Biarkanlah seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..Andainya,
jika seseorang yang terlalu dengki dengan kejayaan dari anda, biarkan sahaja..
Suatu hari nanti, mereka pasti jemu jua dan terus meniru kejayaan yang
anda kecapi. Kata orang seperti, cemburu tetapi cemburu yang sihat. Maka itu,
tenagkanlah diri anda, lapangkanlah hati anda. Apa yang anda tahu dalam hidup 
ini adalah semuanya adalah drama semata-mata dan ianya menguji sejauh mana 
keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi roda hidup ini. =)

Pemarah dan Bersabar

Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, kerana dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahawa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, kerana kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.
~ Mario Teguh ~